fbpx

Peminat Pertahan Gambar Nur Fazura Bersama Anjing

Entah kenapa, segelintir daripada masyarakat kita sebenarnya masih merasa taboo dengan isu berkaitan anjing walaupun pelbagai maklumat sahih sudah disalurkan. Mungkin juga sikap malas membaca dan merubah pendirian menjadi punca.

Terbaru, gambar Nur Fazura selfie bersama anjing turut menerima tempias.

Nur Fazura baru baru ini telah menghadiri satu majlis kutipan dana untuk sebuah badan amal menjaga kebajikan haiwan, Furry Friends Farm dan telah memuatnaik sekeping gambar bersama seekor anjing yang turut berada di lokasi tersebut. Dan, ada peminat rasa kurang senang.

BACA: Tampil Dengan Lagu Pertama, Fazura Tidak Kisah Nyanyian Dikritik Ramai

Perkataan haram dan tidak baik terus ditinggalkan oleh mereka yang masih paranoid dengan haiwan bernama anjing ini namun lebih ramai para peminat yang pertahankan tindakan Fazura bergambar dengan anjing tersebut yang selayaknya dilayan seperti makhluk Tuhan lainnya.

#03 Peminat Pertahan Gambar Fazura Bersama Anjing - ROTIKAYA

Fazura dalam salah satu komen balas pun turut berkata yang beliau lebih yakin dengan pegangan agamanya dan percaya kasih sayang perlu diberikan sama rata kepada semua makhluk Tuhan.

Para peminat yang suka menghentam selepas ini haruslah lebih berhati hati dalam meninggalkan komen takut terserlah pula ceteknya ilmu tentang agama, tidaklah kami katakan orang lain itu tinggi agamanya namun sifat kemanusiaan itu lebih penting bukan? (rtky/m)