Nubhan Mohon Berhenti Kecam Isteri, Letak Kesalahan Atas Diri Sendiri

Penyanyi Nubhan berharap orang ramai berhenti mencetuskan sebarang spekulasi berkenaan kemelut rumah tanggnay dengan isteri, Dr Afifah Hidayah.

Menerusi temu bual bersama Hlive, Nubhan turut memohon orang ramai daripada bercakap yang bukan-bukan terhadap isterinya kerana wanita itu adalah ibu kepada anak-anaknya.

BACA: “Tak Perlu Berebut Anak Saya, Kalau Kahwin Orang Muda Boleh Buat Anak Baru” 

“Hentikanlah segala kata-kata yang tidak baik, sebab dia adalah ibu kepada anak-anak saya sampai bila-bila. Saya harap semua boleh hormat dan saya akan terus menghormati dia sebagai ibu kepada anak-anak saya.

“Saya tak mahu lagi bercakap mengenai isu rumah tangga saya. Sebab saya rasa perkara ini tidak akan mendapat apa-apa kebaikan. Letak la semua kesalahan itu dekat saya. Apa pun keluar ini antara saya dan dia. Apa yang orang tahu tu cuma sedikit,” katanya.

Sementara itu, Nubhan berkata dia mahu memberi fokus kepada anak-anaknya serta Gegar Vaganza serta meminta agar diberikan ruang.

“Saya nak fokus anak-anak, GV dan tanggungjawab saya. Bagilah saya ruang serta peluang untuk teruskan tanggungjawab dalam GV,” katanya.

Sumber: mStar Online / Hlive

×