Nubhan & Bakal Isteri Nikah 29 Ogos Ini
Tahniah kepada penyanyi dan juga pelakon, Nubhan yang bakal bernikah bersama pilihan hatinya, Afifah Hidayah Ahmad Taufiq pada 29 Ogos ini selepas tujuh tahun menjalin hubungan. Majlis pernikahan akan berlangsung di kediaman keluarga Afifah, 26, di Seremban 2, Negeri Sembilan.
BACA: Nubhan Bakal Jutawan Muda
Ia kemudiannya akan disusuli majlis resepsi sebelah pengantin perempuan pada keesokan harinya. Sementara itu, majlis bertandang ke rumah keluarga Nubhan di Kuala Pilah akan berlangsung pada 31 Ogos ini.
“Alhamdulillah, selepas lebih 10 bulan mengikat tali pertunangan kami memilih untuk disatukan pada tarikh 29 Ogos iaitu pada hari Sabtu di Seremban. Setakat ini tetamu dianggarkan 2,000 orang termasuk keluarga, rakan-rakan terdekat, pihak media dan kenalan yang mengenali saya,” katanya sebelum ini.
Nubhan mengikat tali pertunangan dengan Afifah Hidayah dalam satu majlis di kediaman wanita itu pada 7 Oktober 2014. Apa pun, semiga majlis pernikahan nanti akan berlangsung dengan jayanya selain dipermudahkan segala urusan. (rtky/s)
Semoga kekal selamanya
DIANA,KAU TAK DATANG PON RUMAH AKU………..AKU NAK BAGI KAIN BATIK LAH………….
Kak tija….. lama x dgr citer
tahniah nubhan..
selamat pengantin baru…kahwin kerana sayang, cinta dan harap kekal begitu selama lama nya.
rosmah ckp cincin tu tiada di tangannya..die telah pn bersumpah..dan mungkin tiada ditangannya tapi mungkin BERADA DALAM ALMARI LACI RUMAHNYA..
rosmah jga ckp die tkut kalau cicak jatuh atas kepala..die pn tkut gelap..takkan la die nak panjat gunung g bom si tuya.. korang percaya x cite ni
najib ckp ade org baik hati derma 2.6 billion..
mh ape citer??? byk x slesai drama jibros ni