Tujuh Tahun Menjalin Cinta, Nubhan & Afifah Selamat Bergelar Suami Isteri
Tahniah kami ucapkan kepada kepada penyanyi dan juga pelakon, Nubhan yang telah pun selamat bernikah bersama pilihan hati, Afifah Hidayah Ahmad Taufiq dengan sekali lafaz selepas tujuh tahun menjalin cinta. Majlis pernikahan tersebut berlangsung di kediaman keluarga Afifah, di Seremban 2, Negeri Sembilan.
BACA: Nubhan Bakal Jutawan Muda
Majlis akad nikah disempurnakan oleh Hj Wan Nawang bin Hj Wan Sulong yang merupakan Penolong Pendaftar Nikah Dan Cerai Seremban 2 dan berwalikan bapa pengantin perempuan Hj. Ahmad Tawfek bin Zulkifly dengan nilai mas kahwin sebanyak RM1,000.00.
?Selain mas kahwin Nubhan juga menyerahkan wang hantaran sebanyak RM20,000 berserta 5 dulang hantaran dan dibalas dengan 7 dulang hantaran dari pihak perempuan. Majlis nikah penyanyi dan bekas pelajar Akademi Fantasia 6 diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri oleh keluarga kedua belah pihak.?
Sementara majlis bersanding sebelah pihak perempuan akan diadakan esok di Seremban dan pihak lelaki pula akan diadakan pada 31 Ogos di Juasseh, Negeri Sembilan. Nubhan dan Hidayah telah mengikat pertunangan pada Oktober tahun lepas.
Semoga ikatan yang sah ini bakal membuka pintu rezeki yang lebih luas dan dipermudahkan segala urusan. Kami kongsikan beberapa keping gambar majlis khatam Al-Quran, berinai dan juga majlis pernikahan pasangan ini. Enjoice! (rtky/s)
GAMBAR IHSAN: MHM STUDIO / DMUSLIM PHOTOSTUDIO OFFICIAL
moga menjadi pasangan yg sweet cam Che Ta & Zain !!! rindu dorang.. tadi kak tija carut kitew… ckp tak ckup tanda seru …. ni ha… !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Tahniah Nubhan n wifey..
Muka wife dia ade iras2 nadia mustafar dr tepi…
Tahniah Nubhan dan pasangan. Semoga i bertemu jodoh juga lepas ni.. :(
tahniah nubhan… comei wife nubhan .
Alhamdulillah. Tahniah & jaga elok2 rumahtangga kamu.
tahniah buat nubhan & isteri. bagus psgan ni. xder nk ‘show off’ bagai cam psgan lain. semoga hubungan suami isteri ni kekal hingga ke jannah. AMIN…
Tahniah nubhan…. semoga berbahagia le akhir hayat…. aamiin….