fbpx

Nourul Panik Anak Diserang Sawan Akibat Demam Denggi

Baru-baru ini, penyanyi Nourul Depp berkongsikan detik cemas apabila anak lelakinya, Raphaael Depp telah dimasukkan ke hospital disebabkan demam denggi.

Nourul berkata anaknya turut diserang sawan selepas kali terakhir berlaku pada tahun 2018. Menerusi Instagram, Nourul turut berkongsikan keadaan anaknya yang kini berada di hospital.

BACA: Anggota Keselamatan KLIA Tengking Nourul Dikenakan Tindakan Disiplin

“Dah balik ‘merentas desa’ dari Cyberjaya ke Shah Alam dan ke Kuala Lumpur, anak kuat kami ni demam dan kena lagi fibral fit dia tu. Selepas sudah dua tahun solid tak kena.

“Mak dia jenuh berkuntau dalam kereta bila dia kena tarik dalam panas lit lit balik sekolah lepas sekolah call. Haaa apa lagi masuk hospital lah,” tulisnya.

Menurut Nourul, anaknya itu telah disahkan menghidap demam denggi dan dimasukkan ke wad di sebuah pusat perubatan untuk rawatan lanjut. Nourul berkata luruh hatinya melihat apabila anaknya diserang sawan meskipun hanya beberapa minit.

“Sekali check darah laaaaa … patutlah demam sat sat. Rupanya denggi! Biadap punya nyamuk. Hang saja suka anak kecik kan.

“Mak mana tak risau. Kami panik jugak la. Ya Allah… luruh hati tengok dia tarik dalam seminit setengah tu,” katanya.

Nourul mendirikan rumah tangga bersama seorang jejaka iaitu Eric Daniel Depp dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zachary Depp, Raphael Depp dan juga Isabella Depp.