fbpx

Anggota Keselamatan KLIA Tengking Nourul Dikenakan Tindakan Disiplin

Hangat diperkatakan baru-baru ini apabila penyanyi Nourul Wajab meluahkan rasa kecewanya apabila dilayan dengan kasar dan ditengking oleh seorang anggota keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Susulan insiden itu, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memuat naik kenyataan maaf kepada Nourul dan keluarga serta memaklumkan telah mengambil tindakan disiplin terhadap anggota keselamatan berkenaan.

BACA: Nourul Wahab Kecewa Ditengking Anggota Keselamatan KLIA

Malaysia Airports berkata pihaknya telah menjalankan siasatan segera setelah menerima maklumat mengenai kejadian itu serta turut mengesahkan kejadian berkenaan adalah seperti yang dilaporkan.

Terdahulu, menerusi Intagram Nourul memuat naik video meluahkan kekesalan terhadap seorang anggota keselamatan KLIA yang bersikap biadap dan meninggi suara terhadapnya.

Kejadian tersebut berlaku semasa dia menghantar ibu dan bapa mertua di KLIA untuk pulang ke Perancis. Difahamkan, Noorul mahu membantu kedua ibu bapa daftar masuk kerana ibu dan bapa mertuanya tidak boleh berbahasa Inggeris dan Melayu.

Menerusi video itu, Nourul berkata dia faham mengenai prosedur operasi standard (SOP) namun berharap anggota berkenaan lebih bertimbang rasa dan berbudi bahasa ketika menjalankan tugas.