fbpx

Nourul Nak Jual Cincin Perkahwinan Pertamanya

Menerusi satu perkongsian di Instagram, penyanyi Nourul Wahab memaklumkan dia mahu menjual cincin daripada perkahwinan pertamanya dahulu.

Menurut Nourul, cincin nikah bersama bekas suaminya iaitu penyanyi dan komposer Ajai itu dibiar tersimpan sejak tahun 2007 lagi.

BACA: Dilabel Bodoh, Nourul Mahu Saman Netizen?

Kata Nourul lagi, daripada disimpan lebih baik dia menjual cincin berkenaan dan wang daripada hasil jualan itu akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

“Cincin legend ni kami tak perasan dok terperuk lama dalam almari. Dah banyak kali pindah dengan kami. Kami tak pakai lagi dah semenjak 2007.

“Kami memang nak salurkan duit ni pada puan @inot72 yang banyak membantu mereka yang memerlukan. Siaop nak buat collection cincin ni, boleh hubungi kami. Harga bermula daripada RM300. Siapa bida tinggi dia dapat,” tulisnya.

Menerusi satu entri, Nourul tampil menjelaskan sebelum menjual cincin berkenaan dia terlebih dahulu sudah bertanyakan kepada anak perempuannya, Ayu.

Terdahulu, Nourul mendirikan rumah tangga dengan Ajai pada Disember 1996 dan berpisah pada tahun 2007. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ayu Nazirah kini berusia 23 tahun.

Nourul kemudian berkahwin dengan suaminya kini, Eric Daniel Depp pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.