fbpx

Dilabel Bodoh, Nourul Mahu Saman Netizen?

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila penyanyi Nourul Wahab dikecam kerana tersalah fakta mengenai pendapatnya terhadap pembangunan di Kuala Lumpur yang dikatakan terlalu padat sehingga menyebabkan kenaikan kes denggi.

Namun apa yang menjadi perhatian pendapatnya itu disalurkan terhadap menteri yang salah iaitu Datuk Seri Masidi Manjun yang merupakan Menteri Perumahan dan Keraajaan Tempatan bagi negeri Sabah.

BACA: Nourul Panik Anak Diserang Sawan Akibat Demam Denggi

Sedar akan kesilapannya itu, Nourul kemudian memuat naik status mengakui kesalahannnya. Namun, masih ada netizen yang berterusan mengkritiknya sehinggakan penyanyi itu mengatakan dia tidak teragak-agak untuk membawa ke pihak pengadilan.

Malah, Nourul turut memuat naik mesej yang dihantar oleh netizen dimana seorang menggelarkannya bodoh manakala seorang lagi memberikan perkataan yang baik-baik terhadapnya.

Dalam pada itu, Nourul mengatakan dia tidak akan menulis lagi mengenai menteri kerana bimbang akan tersalah fakta.