fbpx

Nourul Depp Sekeluarga Selamat Pindah Ke Bali

Selepas beberapa sebulan menunggu, menerusi satu perkongsian di Instagram semalam penyanyi Nourul Depp memaklumkan sudah pun selamat pindah ke Bali, Indonesia.

Dalam beberapa perkongsian di Instagram, Nourul berkongsi beberapa video ketika sedang memuatkan bagasi dan ketika berada di lapangan terbang.

BACA: Nourul Dah Tak Sabar Nak Pindah Ke Bali

 

View this post on Instagram

 

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

“Untuk semua, penghijrahan ini bukan sebab keadaan apa-apa, tapi memang dah rancang dari dulu lagi. Eric (suami) umur 55, sebab itu dapat pergi.

“Tahun lalu, tak dapat sebab mereka tutup untuk urusan visa. Tahun ini, mereka buka, Alhamdulillah kami dapat pergi,” katanya.

Dalam pada itu, Nourul turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan agar segala urusannya sekeluarga dipermudahkan.

Terdahulu, Nourul memberitahu sudah membuat bayaran penuh untuk pembelajaran anak-anaknya. Dia juga mahukan anak-anaknya menerima pendidikan yang terbaik di sekolah yang bagus di Bali.