fbpx

Nourul Dah Tak Sabar Nak Pindah Ke Bali

Umum mengetahui, penyanyi Nourul Depp sekeluarga bakal berhijrah ke Bali untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Nourul berkata mereka sepatutnya pindah tahun lalu namun terpaksa ditangguhkan susulan pandemik Covid-19.

Terbaru, Nourul memaklumkan terpaksa menunggu lagi tarikh untuk ke Bali. Menurut Nourul, mereka perlu menunggu kebenaran dari kerajaan Indonesia untuk berbuat demikian.

BACA: Berhijrah Ke Bali Minggu Depan, Nourul Depp Sayu Nak Tinggalkan Malaysia

“Kami sekeluarga sedang menunggu Indonesia buka pintu untuk kemasukan visa yang sudah diperolehi sejak Jun lalu.

“Namun disebabkan kes Covid-19 tinggi di sana, mereka tutup sementara dari awal Julai lalu. Difahamkan juga, kes positif Covid-19 di sana sudah turun lebih daripada 50 peratus sekarang,” katanya.

Nourul berkata mereka kini menunggu tarikh 23 Ogos iaitu hari ini untuk pengumuman lanjut. Ujarnya, segala barangan untuk dibawa ke sana sudah pun siap dibungkus.

“Kalau mereka buka kami terus bergerak seperti yang dirancang. Buat sementara waktu, kami masih berada di rumah lagi sambil menunggu hari. Penularan pandemik Covid-19 ini memang banyak menyusahkan orang.

“Kami tak pergi mana-mana sekarang kerana bimbang demam dan menjaga prosedur operasi standard (SOP) kerana tak nak jadual tangguh lagi,” katanya.

Terdahulu, Nourul memberitahu sudah membuat bayaran penuh untuk pembelajaran anak-anaknya. Dia juga mahukan anak-anaknya menerima pendidikan yang terbaik di sekolah yang bagus di Bali.