Berhijrah Ke Bali Minggu Depan, Nourul Depp Sayu Nak Tinggalkan Malaysia
Menerusi satu perkongsian di Instagram, penyanyi Nourul Depp meluahkan rasa sayu apabila bakal meninggalkan Malaysia untuk berhijrah ke Bali, Indonesia tidak lama lagi.
Dalam entri tersebut, Nourul turut meluahkan rasa sedih apabila tidak dapat lagi menikmati pemandangan Menara Kuala Lumpur setiap hari dari rumahnya.
BACA: Nourul Nak Jual Cincin Perkahwinan Pertamanya
“Saya akan merindui pemandangan ini (KL Tower). Sedih pula nak tinggalkan unit ini (rumahnya). Ini belum lagi pindah negara (Bali). Insha-Allah minggu depan,” tulisnya.
Dalam pada itu, Nourul turut meluahkan rasa sayang dan cintanya kepada tahah air dan berharap dapat berbakti kepada negara.
“Sayang Kuala Lumpur, sayang Malaysia. Saya harap dapat berbakti kepada negara. Semoga anda semua dirahmati Allah SWT,” katanya.
Perkongsian Nourul mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang berharap penghijrahan penyanyi itu dipermudahkan.
Terdahulu, Nourul memaklumkan mereka sekeluarga akan berhijrah ke Bali untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Nourul berkata mereka sepatutnya berhijrah pada tahun lalu namun terpaksa ditangguhkan susulan pandemik Covid-19.
- SUMBER
- Kosmo!
Azumu pulak dah..br aku nk sokong blk, p letak azumu. Dah nak lemas, berpaut pulak kat bongkah konkrit
Elok sgtlah
Alerrr… Bali jer pun. Bukannya jauh mana pun. Duhhh!!
Tukar warganegara ke?! Nnt kalo bercerai jenuh plak mcm kes yg anak kena bwk lari dgn ex hubby mat saleh dulu…
Ada apa kat Bali?
Aikkk ayat nko cam tk kenang budi?? Malaysia tk best ke? Ang lahir kek mano??? Jgn nk beracah sngt!
pergilah dia dah ckp di indonesia sistem kesihatannya lebih baikdari Malaysia.
sekarang sistem pelajaran di bali yg best dari Malaysia.
bali best boleh telanjang2 cuba pergi sana
Pergilah sis. No one cares anyway.
Dia nie kawen ngan johhny depp ke?
Tak jauh sangat bali-kl sis. Boleh je nak balik selalu
Good riddance !!!!!
Berhati2. Berhati2. Berhati2. Lihat gambr tu betul2. Jgn picaya sangat.