fbpx

Noryn Aziz Kini Hamil Selepas Empat Tahun Kahwin

Hadiah tahun baru paling bermakna buat Noryn Aziz dan suaminya pada 1 Januari lalu adalah apabila beliau disahkan hamil, Kandungan yang hampir memasuki usia lima bulan itu merupakan sesuatu yang dinantikan oleh mereka berdua dan pastinya mereka gembira.

Dia sama sekali menyangkal dakwaan orang ramai dia merancang kehamilan. Malah dari awal perkahwinan pelbagai cara diikhtiar oleh mereka suami isteri.

“Tepat 1 Januari lali, Noryn dapat tahu Noryn sudah hamil, seperti hadiah tahun baru buat kami. Masa itu usia kandungan sudah masuk 3 minggu. I memang nak anak sejak dari awal kahwin lagi pada tahun 2010. Dah macam-macam cara I ikhtiar untuk pregnant. Tahun ni I dah 37, semua perempuan mahukan anak dalam perkahwinan sebagai pelengkap rumah tangga”

Penyanyi Nurul Depp banyak memberi panduan dan tunjuk ajar kepada Noryn Aziz sepanjang kehamilan yang pertama ini. Pelbagai cara diikhtiar bagi memudahkan dirinya hamil. Selain turut merujuk kepada rakan-rakan dia turut mendapatkan nasihat pakar.

“Dari mula kahwin I dah cuba pelbagai benda. Cuba biodex dan macam macam lagi. Tapi yang terbaik kita kena check dalaman kita, apa yang kurang. Pada masa sama, Nurul Depp sarankan I buat akupunktur. Rupanya I kurang darah dan suami pun buat akupunktur sekali. I buat dalam masa 4 bulan dengan menggunakan kira-kira 30 jarum”

Alahan Kepada Bau Masakan Selama Tiga Bulan

Walaupun lambat dikurniakan rezeki anak, Noryn tidak sekali rasa bersedih sebelum ini malah menjadikan dia lebih bersemangat untuk mencuba pelbagai cara.

“I tak pernah rasa down, malah macam-macam produk I makan. Motivasi terbaik bagi I adalah kita jangan paksa diri. I tunggu empat tahun. Ada lagi yang tunggu lebih lama dari I”

Kehamilan yang pertama sememangnya menerbitkan rasa gementar di hati Noryn apatah lagi hamil di usia yang agak lanjut. Namun dia bersyukur tidak mengalami alahan yang terlalu teruk. Cuma dia alah terhadap bau masakan. Malah di trimester pertama kehamilan dia langsung tidak memasak di rumah.

“Kitchen is closed for 3 months. 3 bulan I tak memasak. I tak boleh tahan dengan bau masakan. I cuma sediakan sarapan yang ringan untuk suami. Tapi sekarang dah ok. Dah boleh masak macam biasa balik,” ujar Noryn ketawa.

Dan pada 16 April ini, Noryn Aziz akan terlibat dengan malam minggu setiausaha menjadi artis undangan penyanyi Afgan bersempena Secretaries Week @ PICC yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). (rtky/bsr)