fbpx

Norish Karman Sudah Rujuk Peguam Dan Bakal Adakan Sidang Akhbar

Pasti ramai peminat dunia hiburan mahu tahu apa reaksi daripada Norish Karman berkenaan isu gambar yang di’dakwa di’ambil ketika beliau melahirkan seorang bayi lelaki tahun lalu.

Ada juga yang berspekulasi yang Norish Karman mengambil keputusan untuk berdiam diri dan membuat keputusan untuk hilang sementara dari dunia hiburan Malaysia.

Namun, melalui sisipan hiburan Berita Harian hari ini Norish Karman memberikan kenyataan balas yang sebenarnya tidak membantu menjawab persoalan akar.

Wartawan BiPop hanya berjaya menerima baris SMS ringkas daripada Norish Karman yang mengatakan beliau kini sedang sibuk di’lokasi penggambaran sejak awal tahun lagi.

“Rezeki orang teraniaya,” tulis Norish Karman menerusi SMS beliau yang turut mengatakan beliau kini sudah pun merujuk kepada peguam tentang perkara ini.

Pelakon, pengacara yang juga kini bergelar penyanyi itu bakal mengadakan satu sidang akhbar khas untuk menjawab isu gambar yang tersebar luas itu & tarikh’nya akan di’beritahu.

Dalam perkembangan yang sangat berbeza, tahukah anda Berita Harian kini sudah berwajah baru dan akan terus menggunakan nama Berita Harian walaupun untuk edisi Ahad. Dapatkan naskah sulung wajah & penampilan terbaru mereka hari ini. Heh.