Nora Nafi Nikah Dengan Annuar Musa, Akui Terima Lamaran Lelaki Lain
Penyanyi Datuk Nora Ariffin tampil menafikan dakwaan mengatakan dia sudah mendirikan rumah tangga dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa di selatan Thailand.
Ia berikutan tular di media sosial apabila seorang netizen memuat naik sijil pernikahan didakwa milik Nora dan Annuar Musa.
BACA: Nora Ariffin Mengaku Video Cium Mulut Itu Anak Perempuannya
Nora juga turut mendedahkan dia sebenarnya sudah dilamar seseorang namun bukanlah daripada Ahli Parlimen Ketereh itu. Kata Nora lagi, dia akan mengumumkan mengenai hari bahagianya itu tidak lama lagi.
“Demi Allah, saya dan Annuar tidak bernikah..saya sendiri tidak faham bagaimana ada pihak yang boleh buat tuduhan sedemikian. Sudah banyak kali saya nafi, Tan Sri juga sudah menafikannya, namun, masih ada yang tidak percaya.
“Disebabkan itu, saya fikir sudah sampai masanya saya umumkan bahawa saya ada menerima lamaran pernikahan dan sedang merancang ke arah majlis itu,” katanya.
Dalam pada itu, Nora berkata anak-anak serta keluarga sebelahnya dan Allahyarham Johan Nawawi turut merestui jika dia mahu berkahwin lagi.
“Ibu Abang Johan juga ada berpesan pada saya sebelum beliau meninggal dunia sekiranya ada lelaki yang mahu mahu melamarnya, terima saja.
“Alhamduliillah, berkat restu dan sokongan anak-anak serta keluarga, saya sudah bersedia menerima lamaran itu,” katanya.
Nora mendirikan rumah tangga dengan komposer terkenal, Johan Nawawi pada tahun 1992. Johan bagaimanapun meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat orang anak.
- SUMBER
- Astro Awani
Nora ni pandai guna pusing perkataan yg keluar dari mulut dia.
Kdg kdg x fhm perlu ke kahwin baru? Xleh ke duk je kat rumah tu.. Drpd nk kene jaga hati suami baru, mertua baru, lebih baik sendiri dan duk je kat rumah.. Duit banyak kan.. Shopping la kalau bosan.. Ye betul jodoh Allah tentukan.. Tp kita lagi bahagia kalau kita jalani hidup sorg2..drpd kene jaga makan minum suami baru dan mertua baru . just saying .
Ha ha nanti makan diri baru tahu. Baca posting ayat manis je, siap dalil at one go. Surat nikah tu datang dari mana?
Surat nikah pun tak ada rujukan n tarikh mcmana kami nak percaya
Semua org berhak bahagia..
So kalau nora berhajat nk kahwin lain, alhamdulillah.
Perkahwinan itu adalah sunnah junjungan besar kita..
So…sapa kita nk pertikai kenapa nora nk kahwin lagi?
Kenapa nk suruh dia duduk diam2 dirumah?
Suruh shopping bagai??
Ada org bahagia hidup sorg2 dan ada yg bahagia bila ada pasangan..
Pada nora.. do what u think makes u happy
Kalau dah melayu. Apa ckp pun x leh caya. Hobi kawen mcm Indon. Lol.
Biarla dia nak kawen lg. Asal bkn extend rumah orang. Unless laki tu terlebih mampu utk banyak bini. Ada byk stable2 kuda etc..
Bkn semua org enjoy being alone. Bkn semua org kaki shopping. Mungkin nora jenis begitu, dia jenis manja dan suka dibelai suami. Semoga jodoh nya single dan mampu beri kebahagiaan utk dia. Tgk kak lina pompom yg hidup bahagia skrg.
jodoh itu aturan Allah………