fbpx

Nora Danish Teruja Pertama Kali Cuci Pakaian Di Dobi Layan Diri

Baru-baru ini, perkongsian pelakon Nora Danish menjadi perhatian apabila memuat naik video memaparkan dirinya berada di sebuah kedai dobi di Perlis.

Menerusi video itu, Nora turut berkongsikan pengalamannya yang pertama kali menggunakan perkhidmatan dobi layan diri itu.

BACA: Pakai Baju Nipis, Nora Danish Jadi Mangsa Komen Lucah

@noradanishhanif

Laundry Bar at Perlis , why not la kan.

? original sound – ???? ?????? – N O R A D A N I S H

“Hi. Okay hari ini first time Nora try lah cuci baju dekat laundry yang layan diri itu, dekat Perlis sebab shooting dekat sini. Jom!” katanya.

Nora yang turut mengajar cara untuk menggunakan mesin cucian tersebut teruja serta menyifatkan ianya pengalaman yang menyeronokkan.

“This is fun actually! You know? Macam rasa dekat Korea, cerita Korean tu kan. Tapi dia orang pergi sini, dia orang jumpa dia punya boyfriend and first love,” ujarnya.

Perkongsian Nora itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja melihat gelagat pelakon itu bersama rakan-rakannya.

Malah, ada yang meluahkan rasa kagum kerana video ‘mencuci pakaian’ yang dikongsikan oleh pelakon itu boleh menjadi tular.