fbpx

Pakai Baju Nipis, Nora Danish Jadi Mangsa Komen Lucah

Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok yang dimuat naik seorang pengguna video memaparkan pelakon jelita Nora Danish menjadi perhatian ramai.

Menerusi video itu, Nora dilihat memakai baju berwarna putih terdedah bahu sebelah kiri sedang menjalani penggambaran di sebuah rumah namun tidak dapat dipastikan lokasinya.

BACA: Nora Danish Dikritik Pakai ‘Romper’, Netizen Dakwa Sengaja Nak Buktikan Badan Kurus?

https://www.tiktok.com/@macambelacan/video/7148392381685992730?is_from_webapp=v1&item_id=7148392381685992730

Seperti sudah dijangka, mungkin baju yang dipakai Nora itu sedikit jarang dan nipis itu sekaligus mengundang komen berbaur lucah daripada lelaki miang.

Tidak kurang juga, ada segelintir lelaki memberi komen sindiran dengan mengucapkan terima kasih kepada pelakon itu kerana ‘belanja’.