fbpx

Nora Danish Makan Di Restoran Gordon Ramsay, Netizen Persoal Status Halal

Baru-baru ini, pelakon Nora Danish ada berkongsikan pengalamannya menikmati hidangan di restoran mewah milik cef terkenal dunia, Gordon Ramsay Bar & Grill di Sunway Resort, Petaling Jaya.

Menerusi entri itu, Nora tidak keseorangan ke restoran tersebut apabila turut ditemani suaminya, Nedim Nazri serta dua anaknya.

BACA: Menari Terkinja-Kinja, Netizen Suruh Nora Danish Tutup ‘Susu’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NaOra Daishi (@noradanish)

Dalam perkongsian itu juga, Nora turut teruja apabila disajikan dengan hidangan terkenal di restoran terbabit antaranya Steak Tartare dan Beef Wellington.

Perkongsian Nora itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mempersoalkan tentang status halal restoran berkenaan.

Malah, ada netizen meragui status halal restoran tersebut apabila menu daging itu dihidangkan bersama sos wain merah.

Difahamkan, restoran itu tidak mempunyai sijil halal kerana turut menghidangkan alkohol. Bagaimanapun, tiada hidangan berasaskan daging babi dan semua bahan mentah diperoleh daripada pembekal yang berstatus halal.