Pelakon Nora Danish menjadi perhatian apabila dilihat terbuka membalas pertanyaan netizen di laman Threads.
Menerusi satu hantaran, ada individu bertanyakan Nora sukakan lelaki yang bagaimana dan aktres itu menjawab ringkas sukakan lelaki yang beriman.
BACA: Nora Danish Tak Lagi Fokus Soal Cinta, Lebih Bahagia Main Pickleball

“Suka lelaki beriman,” jawabnya ringkas.
Sementara itu, Nora turut berkongsikan caranya untuk bangkit daripada hubungan yang lalu iaitu dengan cara memaafkan.
“Memaafkan segalanya jujur dari hati dan paling penting amalkan ‘lebih baik melihat cermin daripada tingkap. Sebelum cari salah orang, lihat diri sendiri dulu,” tulisnya.
Terdahulu, Nora berkata dia tidak lagi memberi fokus untuk mencari pasangan hidup apatah lagi rutin hariannya kini dipenuhi dengan sukan pickleball