fbpx

Nora Danish Sedih Anak Minta Tidur Asing

Anak bongsunya, Mohamed Neqayl Nedim atau lebih mesra dipanggil Ney Ney bakal memasuki usia 3 tahun tidak lama lagi, pelakon Nora Danish meluahkan rasa tersentuh kerana terlalu cepat anak kesayangannya itu membesar.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Nora berkata Ney Ney sudah pandai berdikari apabila kini tidur dengan abangnya dan tidak lagi mahu tidur sekatil bersamanya dan suaminya, Nedim Nazri.

BACA: Anak Sulung Dah 12 Tahun, Nora Danish Tak Izinkan Ada Akaun Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by naOradaishi (@noradanish)

“Sekarang dah pandai nak tidur dengan abang, tapi masih satu bilik dengan mommy & daddy la. Cepatnya dah berdikari,” tulisnya.

Nora dilihat turut memuat naik beberapa video di Instagram miliknya memaparkan Ney Ney yang sangat petah bercakap walaupun baru berusia 3 tahun.

Perkongsian Nora itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kebijaksanaan Ney Ney serta bertanyakan bagaimana cara Nora mengajar anaknya bercakap kerana ada antara anak mereka masih lagi tidak pandai bertutur.

Nora mendirikan rumah tangga bersama dengan Nedim pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ney Ney kini berusia 3 tahun.