Anak Sulung Dah 12 Tahun, Nora Danish Tak Izinkan Ada Akaun Instagram
Baru-baru ini, pelakon Nora Danish mengadakan majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Putera Rayqal kini sudah berusia 12 tahun.
Menerusi entri itu, Nora turut menitipkan ucapan istimewa buat anaknya itu. Menurut Nora, Rayqal merupakan seorang anak yang memiliki jiwa yang sangat bersih dan sentiasa memberi kebaikan kepada orang sekeliling.
BACA: “Teringat Nora Khatam Al-Quran Masa Ramadan Haritu”
Dalam foto berkenaan, turut kelihatan bekas suami Nora iaitu Jejai turut sama meraikan majlis penuh bermakna itu. Dalam pada itu, Nora turut mendoakan semoga anaknya itu menjadi anak soleh serta seorang abang sentiasa menjaga adik-adik.
Lebih menjadi perhatian, Nora berkata meskipun anaknya sudah berusia 12 tahun namun masih tidak dibenarkan untuk memiliki akaun Instagram sendiri.
Diruangan komen, rata-rata netizen tersentuh membaca perkongsian Nora itu serta dapat merasakan kasih sayang yang diberikan oleh pelakon itu terhadap anaknya sememangnya tidak berbelah bahagi. Malah, ramai yang memuji hubungan akrab anak-beranak itu.
Tau pon tak bg anak ade IG..sbb takut anak jadi haters tgk pic2 dn video yg mak nya kongsikan dlm IG mak nya..tayang body dan joget tiktok..nanti anak malu ade mak mcm tu.
Hipokrit…dedah sana dedah sini bulan ramadan selpie sambil bertelekong
bulan puasa normal la bulan penyucian retis…..
masing2 mcm pocong berkelitop bagai habis terawikh ..
los raya semua pakat2 bertelanjang kangkang terbuka tas bawah buat charity hikssss
Yg si ahli politik bangang sdg sibuk merangka pelan utk rampas kembali hak parti mereka…….rakyat tgh susah mereka sibuk menghitung undi