fbpx

Nora Danish Positif Covid-19

Tinggal tiga hari lagi menjelang Aidilfitri, selepas Tiz Zaqyah, pelakon Nora Danish pula disahkan positif Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan oleh Nora menerusi Instagram miliknya sebentar tadi. Nora berkata dia membuat ujian calitan kerana difahamkan mempunyai kontrak rapat individu dalam kategori C.

BACA: Nora Danish Berjaya Khatam Al-Quran 9 Malam Terakhir Ramadan

“Keputusan pagi tadi mendapati Nora positive walaupun langsung tak ada sebarang symptoms.

“Sekarang Nora kuarantine kendiri di dalam bilik agar anak-anak dan suami selamat. Mereka dah lakukan PCR test jam 12 tghri tadi dan doakan untuk kami semua ye,” tulisnya.

Dalam pada itu, Nora turut menasihatkan individu yang bertemu dengannya antara 4 hingga 8 Mei lalu untuk membuat ujian calitan.

Kata Nora lagi, dia sepatutnya menghadiri temujanji untuk mendapatkan suntikan vaksin di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, pagi tadi, namun dinasihatkan dikuarantin terlebih dahulu.

“Bagi sesiapa yang berjumpa saya antara 4 hingga 8 Mei lalu, saya mohon lakukan ujian calitan sebagai langkah berjaga-jaga. Jaga diri dan akur prosedur operasi standard (SOP)… Maafkan saya,” tulisnya.