Nora Danish Berjaya Khatam Al-Quran 9 Malam Terakhir Ramadan
Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Nora Danish meluahkan rasa syukur apabila hasratnya untuk sekali lagi khatam Al-Quran pada bulan Ramadan menjadi kenyataan apabila berjaya melunaskannya.
Nora dilihat ada memuat naik video membaca surah terakhir dan berjaya khatam pada 9 malam terakhir Ramadan. Dalam entri tersebut, Nora meluahkan rasa syukur niatnya untuk khatam Al-Quran pada bulan Ramadan dimakbulkan Allah.
BACA: Nora Danish Mengaji 20 Muka Surat Al-Quran Sehari
View this post on Instagram
Kata Nora lagi, dia berharap dapat khatam Al-Quran setiap tahun. Ujarnya, apabila sudah selesai, dia akan mengulang semula dari awal sedikit demi sedikit dan akan menghabiskan lagi separuh muka surat di bulan Ramadan.
Perkongsian Nora itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji usaha Nora serta menjadikan inspirari untuk melakukan perkara sama setiap kali bulan Ramadan.
syukur alhamdulilah
motif sebab nak uplode??? lagi sekor betina gile!
Bior le dia upload bnde baik. X de langgar apa2 pun kot. Iklan promote produk baca alquran tu mungkin. Tapi dia sebak sbb berjaya khatam. Mmg dia selalu sexy etc tp yg tu hang kecam aku x defend la. Yg ni aku kagum jugak la jika berjaya khatam 30 juzuk tu sbb aku pun x dpt buat lg tahun ni.
Habis ramadhan bukak balik tunjuk sana sini… start ramadhan tahun depan upload khatam Al Quran.. netizen pun kecam… teringat tahun lepas nyer buka2… pastu ad aplak netizen lurus bendul.. back up.. takperlah dia tunjuk benda baik…
Begitulah ulang2 sampai mampos…
Dah macam persendakan agama…
aku sendiri tak khatam lagi.
jelesnya,
tak boleh jadi..kena jd kan semangat nk khatam.
saya harap dia khatam dan faham maksud ayat al quran sekali. kerana pada saya bila seseorang itu faham pengertian al quran . dia akan menjaga aurat dia dengan tuhan . maafkan saya jika saya silap .
Tahniah… wlwpun aku bukan peminat ko n laki ko, tp contoh ko yg baik ni harus diteladani.
Semoga berbahagia dan sentiasa mendapat rahmat dari Nya… amin…
Quran ni baca je pun dh dpt pahala. Semoga nora jd insaf dgn trampilan diri lps ni ya. Suka tgk dia buat tiktok walaupun filter mmg comel utk mak2. Semoga hidayah singgah kat you nora. About time nak ubah sikit2. Kita ni bkn makin muda. Malah maut tu bila2 aje…
Senoga istiqamah before and after Ramadhan.