Nora Danish Paling Popular Di Instagram
Instagram sekarang ini rasanya sudah menjadi satu platform alternatif terbesar buat para artis untuk mendekati peminat mereka. Mudah & interaktif ‘kan?
Laman berita mStar Online hari ini tampil dengan laporan ringkas mereka tentang kedudukan terkini para selebriti dalam senarai siapakah yang paling popular di Instagram ketika ini dan pasti yang berada dalam senarai tidak mengejutkan sesiapa.
Nora Danish dengan lebih 828,000 pengikut menduduki takhta paling popular di Instagram diikuti Datuk Siti Nurhaliza dengan 622,000 dan dengan bilangan pengikut seramai 601,000 Lisa Surihani melengkapkan senarai Top 3.
Secara kebetulan, selebriti lelaki paling popular di Instagram berada di kedudukan keempat iaitu Zizan Razak dengan bilangan pengikut seramai 589,000. Beliau diekori rapat (hehe) oleh Emma Maembong yang juga merupakan kekasihnya dengan 588,000.
Senarai yang dikeluarkan untuk 15 orang artis itu turut menyenaraikan Shila Amzah (558,000), Scha Al-Yahya (525,000), Fazura (500,000), Elfira Loy (493,094), Fasha Sandha (438,000), Aaron Aziz (419,000), Neelofa (409,000), Nelydia Senrose (403,000), Erra Fazira (364,000), Nabila Huda di tangga terakhir dengan 357,000 pengikut.
Senarai di atas hanya alasan untuk kami paparkan selonggok gambar Nora Danish ketika berada di bumi Eropah baru baru ini termasuk percutian singkat di Paris yang turut disertai kekasihnya yang sanggup terbang jauh, Nedim Nazri. Enjoice! (rtky/m)
duniaaaa
20% – Peminat Tegar
40% – Haters
30% – Peniaga Online
10% – Neutral (terklik follow)
haha setuju olga
We love you Nora!
felixia?
Mostly nk stalk life dia je kot
But Hanis Zalikha dah 395k. She should be on the list too
tak leh challenge Kim K haa
jari jemari yg tak habis2 menaip..”cantik nyeee…lawanyeeee….best nyeeeee jd cm kak noraaaaa…sweet nyeeeeeee kak nora………ya allahhh ya allah cantik nyeee…subhanalllahhhh akak cantik sgttt..” admire pd bnde2 mksiat..lex2 sudaa tgk pic retis. Tak payah melambong2 sgt puji bnde2 mksiat.kampong sgt. Xtau, retis tu tgelak2 tgk gelagat2 suku kaum jakun. Kesiann……..
Nora danish siap block followers yg bg nasihat baik kat dia..x leh kena tegur nora ni…huhu
ank menteri cm ape je..mnyampah la tgk mka da tau keperibadiannye…
memuji tak dpt dosa….mengutuk dpt dosa …..
Mmg memuji tak dapat dosa.tapi menampakkan kebodohan diri sendiri.puji pada maksiat. Biar buta mata.jgn buta hati dek.
nora danish sangat soft ok. dia memang tak sombong. i byk kali terserempak dengan dia. very cool n suara dia tu, melting. hehe
kalu anak pak mat tempe, u all raso nora….sangkut tak, inilah cinta uwang…, uwang yang datang dari mno, turun dari langit ko?
Haterrzz aja yang ramai. Tengok lah anugerah bintang popular satu pun tak
Lekat.
Mau ke tak top..dah bergambar letak.pon menumpang artis lain punya fofularrr…yg tak.kena mengena dia sibok2 repost jugak…! Batu api ..harus la top ..harapkan bakat xbagus pon..undi berbayor munkin la…kan kaya dunia.
emma maembong dah lebih banyak dari ctdk dan lisa surihani dan zizan razaklah