fbpx

Berjaya khatam Al-Quran buat pertama kali pada Ramadan tahun lalu, nampaknya pelakon Nora Danish menyimpan niat untuk melakukan perkara sama pada bulan puasa tahun ini.

Nora berkata dia memanfaatkan bulan Ramadan dengan baik untuk mendekatkan diri dengan Allah memandangkan mempunyai kelapangan waktu.

BACA: Ketip Kuku Kaki Suami, Nora Danish Dipuji Isteri Solehah

“Bagi saya macam mana buruk pun kita, Ramadan adalah masa untuk kita dekatkan diri dengan Allah. Masa bulan Ramadan inilah yang kami selebriti ada, selalu kami sibuk dengan kerja masing-masing.

“Tahun lepas, saya berjaya khatam Al-Quran buat kali pertama dalam seumur hidup dan tahun ini saya berazam dapat ulang lagi benda sama untuk tahun ini,” katanya.

Dalam pada itu, Nora berkata tahun ini dia mahu memanggil seorang ustazah bagi memantau bacaannya agar apa yang dibaca betul dan jelas.

“Kalau tahun lalu saya khatam Al-Quran dengan berpandukan digital pen, kali ini saya akan panggil ustazah untuk pantau bacaan agar apa yang saya baca itu betul dan jelas.

“Saya sentiasa berdoa agar Allah bukakan hati saya untuk habiskan bacaan Al-Quran dan itu yang saya menangis bila dapat capai perkara itu tahun lalu.

“Suami pun menangis sebab dia tahu saya bersungguh-sungguh (nak khatam Al-Quran) tapi tidaklah sampai saya abaikan keluarga,” katanya lagi.