fbpx

Ketip Kuku Kaki Suami, Nora Danish Dipuji Isteri Solehah

Setiap pasangan yang sudah berumah tangga pasti impikan perkahwinan yang dibina kekal sehingga ke akhir hayat. Sikap tolak ansur dan saling memahami amat penting antara suami isteri.

Usia perkahwinan mencecah empat tahun, ramai yang suka melihat keharmonian rumah tangga pelakon Nora Danish dan suaminya, Nedim Nazri.

BACA: Kongsi Video Pegang Perut, Nora Danish Hamil Anak Ketiga?

Baru-baru ini, Nedim ada berkongsikan foto isterinya sedang tekun memotong kuku kakinya. Namun, apa yang menjadi perhatian ada adalah kapsyen Nedim dan komen balas Nora.

“Ingatlah wahai isteri ku, dunia ku. Kalau ada terbau apa-apa, itulah syurgamu sayang,” katanya.

Perkongsian Nedim itu mendapat pelbagai reaksi dikalangan netizen yang memuji pasangan itu tetap romantis. Malah, ramai wanita turut berkongsi pengalaman sama memotong kuku suami.

Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 2017 dan dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki bernama Mohamed Neqayl Nedim kini berusia tiga tahun.