Pelakon cantik jelita Nora Danish yang kini sudah pun mempunyai perniagaan sendiri, menafikan dakwaan yang mengatakan dia kini tergolong sebagai salah seorang artis wanita terkaya di Malaysia.
BACA: Kerana Isu ISIS, Nora Danish Pasang Bodyguard
“Kalau betul saya sudah kaya, orang takkan nampak saya gigih bekerja. Menyara keluarga adalah tanggungjawab saya dan sebagai ibu, saya juga perlu berdikari mencari pendapatan sendiri terutama jika mahu bawa anak pergi bercuti,” katanya.
Dakwaan mengenai perkara tersebut timbul selepas dia mendapat banyak berlakon drama dan filem serta memiliki perniagaan sendiri. Tambah Nora, walaupun anaknya ditanggung bekas suami, tetapi dia tetap perlu memberi keutamaan kepada ibu dan adik-beradik yang lain.
Sebelum ini juga, Nora sendiri pernah menjelaskan bahawa dia melabur RM 100,000 untuk membuka sebuah kafe dan juga turut terlibat dalam penjualan jubah. Apa pun, semoga Nora Danish terus sukses dalam setiap apa yang diceburinya. (rtky/s)