Nora Danish Mengaji 20 Muka Surat Al-Quran Sehari
Berjaya khatam Al-Quran buat pertama kali pada Ramadan tahun lalu, pelakon Nora Danish menyimpan niat untuk melakukan perkara sama pada bulan puasa tahun ini.
Kata Nora lagi, sempena bulan mulia ini dia juga sama seperti orang lain yang berlumba-lumba untuk mengejar saham akhirat.
BACA: Nora Danish Niat Khatam Al-Quran Sekali Lagi, Panggil Ustazah Pantau Bacaan
“Saya anggap kejayaan khatam al-Quran pada tahun lalu sebagai satu pencapaian besar dalam hidup. Insya-Allah pada bulan puasa tahun ini saya menyimpan niat untuk melakukan perkara sama,” katanya.
Jika sebelum ini mengaji berpandukan pen digital, namun tahun ini Nora mengaji bersama ustazah yang boleh memantau bacaannya. Ujarnya, dia akan membaca 20 muka surat Al-Quran sehari.
“Tahun lalu saya berdoa kepada Allah SWT sebab sudah lama teringin untuk khatam al-Quran. Tujuannya saya nak sedekahkan (amalan) dekat arwah bapa.
“Alhamdulillah jalan itu dipermudahkan. Allah bukakan hati saya untuk mengaji setiap hari. Selepas solat fardhu, saya akan gunakan kesempatan membaca al-Quran sehingga 20 muka surat atau lebih setiap hari,” katanya.
- SUMBER
- Kosmo!
Wow hebatnya dia !!!!!! Clap clap clap
tak semua bole buat. moga nora istiqomah. pelan2 buat baik, insyaAllah buka hati buat tuntutan Allah yg lain. cuma klau bole toksah cerita. biar antara diri dgn Allah. rasa lagi istimewa mcm tu
what the fuck. shut up bole x
bagusnyaaaa. contoh idola anak mudaaaaaaaaaaaa
next
Bbgussss…..lgipun ada masa freekan…kerja rmh semua org gji buat…huntung banda…huntung batu tenggalam..sabut kalu..timbul