fbpx

Nora Danish Dipuji Makin Tua Makin Cantik

Jika anda mengikuti media sosial Nora Danish, sememangnya pelakon jelita itu tidak lokek berkongsikan perkembangan terkininya buat peminat.

Baru-baru ini, menerusi perkongsian di TikTok, Nora ada memuat naik video menari dengan mengenakan jaket berwarna hijau menjadi perhatian ramai.

BACA: Nora Danish Minta Janna Nick & Dini Schatzmann Cepat-Cepat Buat Anak

@noradanishhanif

? original sound – ???? ???

Perkongsian Nora itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji pelakon itu kelihatan muda dari dulu sampai sekarang.

Malah, ada juga yang meluahkan rasa hairan makin berusia Nora dilihat semakin muda serta tertanya-tanya apa yang diamalkan oleh pelakon itu sentiasa kelihatan cantik.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan ini bukti wanita berada di tangan lelaki yang tepat dimana dia akan kelihatan sentiasa cantik dan bahagia.