fbpx

Nora Danish Minta Janna Nick & Dini Schatzmann Cepat-Cepat Buat Anak

Umum mengetahui, akhirnya pasangan selebriti Janna Nick dengan Dini  Schatzmann sah bergelar suami isteri pada 10 Jun lalu di Langkawi.

Dalam majlis serba indah itu, turut dihadiri rakan-rakan artis termasuk pelakon Nora Danish yang meluahkan rasa gembira pasangan itu disatukan.

BACA: Guna Khidmat MUA Terkenal Thailand, Kulit Wajah Janna Nick Dipuji Netizen

Menerusi satu perkongsian di Instagram memuji pasangan itu sama cantik sama padan serta tidak sabar melihat Janna dan Dini segera menimang cahaya mata.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NaOra Daishi (@noradanish)

“The ceremony was so meaningful. Love u both so much! Nangis i!! Congrats again ! Janna awak sangat cantik, Dini pun handsome! Cepat-cepat buat baby, sure macam patung,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji Nora yang dilihat  seperti anak dara. Malah, ada yang mengatakan Nora cantik seolah mengalahkan pengantin.