Baru-baru ini perkongsian pelakon Nora Danish menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video berada di depan cermin memakai baju putih.

Menerusi video dikongsikan itu, Nora tampil dengan baju putih lengan panjang namun kelihatan belah tepi kiri dan kanan seperti baju renang yang dipadankan dengan seluar berwarna coklat.


BACA: Takut Dengan Kematian, Nora Danish Buat Wasiat Siap-Siap

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NaOra Daishi (@noradanish)

Perkongsian Nora itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendakwa pelakon itu sengaja membuktikan bantuk badannya kini semakin kurus.

Bagaimanapun, di ruangan komen ada netizen bertanyakan adakah pelakon berusia 40 tahun itu memakai ‘rompers’ seperti bayi.


Sementara itu, ada yang menitipkan pesanan buat aktres itu supaya lebih berhati-hati setiap kali memuat naik gambar atau video.

Malah, ramai mendoakan agar Nora diberikan hidayah serta dibukakan hati untuk berhijab suatu hari nanti.  Dalam pada itu, ramai yang memuji Nora yang sentiasa kekal cantik dan sukakan penampilan aktres itu.