Sejak semalam hangat diperkatakan apabila pelakon Nora Danish memuat naik gambar memaparkan separuh wajah seorang lelaki mengenakan kopiah serta berkaca mata.
Dalam hantaran sama, Nora turut menulis ungkapan ‘A new chapter’ atau ‘bab baharu’ seolah memberi bayangan bab baharu akan bermula dalam kehidupannya.
BACA: Nora Danish Kongsi Foto Lelaki Bercermin Mata, Peminat Doa Yang Terbaik
Seperti sudah dijangka, rata-rata netizen tertanya-tanya siapa gerangan lelaki misteri itu dan netizen pantas membuat carian serta mendakwa lelaki tersebut dipercayai seorang perunding kewangan dikenali, Mickey Ayo.
Memetik mStar Online, Nora dilihat kerap meninggalkan tanda suka pada hantaran lelaki itu dan netizen turut ‘menyerbu’ Instagram lelaki berkenaan.

Turut menjadi perhatian, dalam satu posting lelaki berkenaan memaparkan individu mengenakan baju dengan tulisan ‘realism’ dan netizen mendakwa individu tersebut adalah Nora Danish.

Bagaimanapun, setakat ini masih tiada pengesahan sejauh mana hubungan mereka. Apa pun sama-sama kita nantikan dan mendoakan yang baik-baik.
Sumber: mStar Online