fbpx

Nora Danish Dedah Nama, Wajah Bayi Lelaki

Pasangan Nora Danish dan Nedim Nazri nampaknya tidak mengambil masa lama untuk mendedahkan wajah bayi lelaki mereka yang selamat dilahirkan pagi tadi.

Menerusi kedua dua akaun Instagram pasangan ini, mereka mendedahkan yang nama bayi lelaki mereka sebagai Mohamed Neqayl Nedim dan turut memuatnaik beberapa keping gambar untuk tatapan para peminat.

Menerusi video video yang dikirimkan menerusi akaun media sosial mereka, kita boleh nampak yang pasangan ini sangat gembira menyambut kelahiran anak pertama hasil perkahwinan kali ini.

Kami doakan Ney Ney (gelaran untuk bayi lelaki mereka) membesar dengan sihat dan menjadi penyeri kehidupan Nora Danish & Nedim Nazri selepas ini. (rtky/m)