fbpx

Balik Dari Percutian ‘Daring’, Nora Danish Buka Semula Komen IG

Dikecam oleh netizen selepas memuat naik foto ‘daring’ ketika bercuti di pulau Langkawi, pelakon Nora Danish bertindak menutup ruangan komen Instagram miliknya.

Namun, Nora dilihat membuka semula ruangan komen apabila berkongsikan foto bersama suami memaklumkan berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas beberapa hari bercuti.

BACA: Tampil Seksi Bercuti Di Langkawi, Nora Danish Tutup Komen

Meskipun berterusan menerima kecaman netizen, namun Nora tidak mempedulikan segala kecaman tersebut dan tetap tenang meneruskan kehidupan seperti biasa.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen menitipkan kata-kata nasihat kepada pelakon itu supaya lebih menjaga aurat apatah lagi dunia sudah semakin tenat.

Terdahulu, ramai mengecam penampilan Nora yang dilihat agak seksi dan dikatakan tidak sesuai sebagai seorang yang beragama Islam.