Berikutan kepada gambar yang dimuat naik Nora Danish bersama seorang lelaki di laman Instagram, ianya menimbulkan tanda tanya kepada ramai terutama peminat kerana beliau bersama anak kepada seorang VIP.
Nora yang ditemui di majlis Seindah Ramadan TV3 bertempat di restoran Al-Rawsha, Kuala Lumpur petang semalam diminta mengulas mengenai gosip hubungannya dengan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Y.B. Dato’ Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz itu.
Menjelaskan kepada media semalam, Nadeem merupakan kenalan lamanya & mereka sememangnya berkawan sebelum Nora Danish berkahwin lagi. Perhubungan yang telah terjalin selama 7 tahun itu tidak berlandaskan kepada urusan perniagaan malah Nadeem sememangnya rakan lama Nora.
Jelas Nora, dia sememangnya telah bersedia dan telah berfikir panjang sebelum memuat naik gambar tersebut. Baginya tidak salah mengenalkan kepada peminat dengan siapa dia berkawan.
Tambah Nora Danish, sejujurnya tidak kisah dengan pandangan masyarakat terhadap dirinya. Namun 10 tahun lalu, sewaktu baru lagi dalam dunia lakonan, Nora akui kecewa apabila terpalit dengan kisah yang tidak sepatutnya. Namun sedar, dugaan yang diterima dianggap pengajaran. Kini dia lebih tenang berdepan dengan kontroversi.
Selepas bercerai 4 tahun lepas, Nora sememangnya sudah bersedia untuk bercinta, untuk berkahwin lagi. Tapi belum berjumpa dengan orang yang mampu membuka hatinya.
Kehidupan Nora kini bahagia bersama Rayqal yang kini sudah berusia 4 tahun. Malah kata Nora lagi, kehidupan Rayqal lebih bahagia kini. Mungkin kita pun tahu atas sebab apa.
Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjengah beberapa hari lagi, Nora sempat berkongsi pengalaman berpuasa semasa kecil. Pengalaman lucu bagi Nora adalah apabila akan berlakon berpuasa dihadapan orang tuanya sedangkan dibelakang, dah kenyang minum air cerita Nora sambil ketawa.
Bagi Nora yang mempunyai anak kecil, tidak susah melatih anaknya Rayqal berpuasa kerana sememangnya Rayqal memang sangat susah untuk makan.
Untuk melatih Rayqal berpuasa adalah terlalu awal. Kerana Rayqal baru berusia 4 tahun. Tapi takde masalah jelasnya. Tahun-tahun sebelumnya, dibulan puasa, Rayqal sudah diajar untuk solat tarawih. Bekas suami sering membawa Rayqal solat tarawih berjemaah di masjid.
Menu buka puasa wajib Nora Danish adalah sirap bandung. Kata Nora, keluarganya tidak mengamalkan makanan berat sewaktu bersahur. Tapi wajib bagi Nora mendapatkan nasi sebagai menu berbuka puasa. Berazam untuk diet sepanjang puasa namun belum sempat diet, dia yakin nafsunya tidak mampu untuk berkata tidak pada juadah berbuka puasa kelak.
Ditanya tentang perancangan raya tahun ini, Nora dan keluarga akan beraya di Kuala Lumpur sahaja. berlainan seperti raya-raya sebelumnya. Ini kerana kesihatan ibu Nora yang tidak mengizinkan. Jika raya-raya tahun sudah mereka kebiasaannya akan pergi bercuti keluar negara seawal hari raya ke-3.
Pada masa sama, Nora Danish telah dilantik menjadi duta Seindah Ramadhan TV3 bersama dengan Adi Putra dan Fiza Sabjahan sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia.