fbpx

Nora Ariffin Nikah Sahabat Baik Arwah Suami

Selepas lima tahun hidup bersendirian, penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan kembali isteri apabila bernikah dengan sahabat baik arwah suaminya, Johan Nawawi baru-baru ini.

Difahamkan, suaminya itu dikenali sebagai Dr Rushdi Ramli, 55 tahun, merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya.

BACA: Bakal Nikah Tahun Ini, Nora Ariffin Pilih Cikgu

“Saya dengan rendah hati dan bersyukur ke hadrat Allah SWT ingin memaklumkan bahawa saya kini telah bertemu jodoh dgn seorang hamba Allah yg merupakan sahabat baik arwah Johan sejak dari kecil lagi. Beliau adalah saudara Rushdi Ramli

Memaklumkan perkara itu di Instagram miliknya tadi, Nora memohon maaf tidak menghebahkan awal berita gembira itu. Ujarnya, majlis perkahwinannya itu diadakan dengan melakukan perkara wajib sahaja.

“Saya ingin meminta maaf kerana dari awal lagi saya memang berniat untuk tidak menghebah- hebahkan ikatan ini. Cukuplah sekadar melaksanakan perkara wajib & mengikut hukum sahaja.

“Saya berpegang pada prinsip bahawa perkahwinan adalah satu ibadah dan ianya terlalu peribadi utk saya kongsikan, bukan ingin bermegah- megah, jauh sekali untuk mencari publisiti,” tulisnya.

Menerusi entri itu, Nora turut memohon orang ramai mendoakan agar mahligai dibina berkekalan hingga ke alam syurga dan diredhai Allah.

“Saya mohon peminat dan insan yang mengenali saya menitipkan doa buat saya semoga mendapat keluarga sakinah, mawaddah dan warrahmah. Moga dipermudahkan segala urusan, diberkati, diredai Allah SWT dunia dan akhirat. Insya-Allah,” katanya.