fbpx

Bakal Nikah Tahun Ini, Nora Ariffin Pilih Cikgu

Lima tahun hidup bersendirian selepas pemergian suami tercinta, Allahyarham Johan Nawawi, penyanyi Datuk Nora Ariffin mengumumkan akan mendirikan rumah tangga tahun ini.

Menurut penyanyi berusia 48 tahun itu, beliau memberitahu lelaki yang mencuri hatinya bukan seorang ahli politik tetapi seorang pendidik.

BACA: Nora Ariffin Mengaku Video Cium Mulut Itu Anak Perempuannya

Nora berkata beliau mengenali lelaki tersebut dalam tempoh pandemik Covid-19 lalu. Katanya lagi, perkara baik tidak perlu dirosokkkan dan akan memaklumkan bila hari bahagianya kelak.

“Insya-Allah dalam masa terdekat (akan berkahwin) dalam tahun ini, benda baik buat apa nak sorok. Doakan yang baik-baik, benda baik tak perlu dilambatkan dan perlu dipercepatkan.

“Bila masa sesuai saya akan beritahu. Tunggulah nanti, Alhamdulillah, anak-anak okay, mereka berlapang dada menerima dengan hati terbuka,” katanya.

Dalam pada itu, Nora berkata dia kini mahu mengecapi bahagia dan mahukan kehidupan berkeluarga yang lengkap selepas melalui pelbagai ujian.

“Kita pun bukan budak-budak muda, banyak benda perlu dipertimbangkan dan lebih memikirkan masa depan,” katanya.

Terdahulu, Nora menafikan dakwaan kononnya beliau dan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa telah bernikah di selatan Thailand.