Bulan lalu, perkongsian penyanyi Datuk Nora Ariffin mengejutkan ramai apabila diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Instagram.
Memetik Harian Metro, hampir sebulan berlalu, Nora menceritakan detik berkenaan bekas suaminya menceraikannya secara paksaaan selepas menerima panggilan dari seorang individu.
BACA: Dicerai Secara Paksa, Nora Dedah Kena Cerai Lepas Solat Subuh Bersama
“Ketika kejadian kami baru selesai solat Subuh bersama dan dia dapat panggilan telefon untuk ‘lepaskan’ saya. Saya sangat terkejut dan tertanya-tanya apa salah saya waktu itu. Namun, saya tahu siapa yang memberi arahan itu.
“Disebabkan terlalu emosi saya terus merakam perceraian dan memuat naik di media sosial tanpa fikir implikasinya,” katanya.
Bagaimanapun, Nora enggan mendedahkan individu yang memaksanya untuk bercerai. Katanya lagi, dia juga mengaku video yang dimuat naik itu adalah satu kesilapan.
“Sebagai manusia, saya tidak mampu mengawal emosi dan berfikir secara rasional. Lagipun situasi waktu itu sangat mengejutkan dan menyebabkan trauma kepada diri saya. Ia berlaku di luar kawalan saya.
“Sebenarnya tujuan saya kongsikan video itu hanyalah untuk menjelaskan status terkini saya. Cuma saya tak boleh nak kongsi lebih lanjut mengenai apa yang berlaku.
“Tetapi saya sudah memohon maaf kepada bekas suami dan dia sudah memaafkan saya. Dia tahu apa keadaan masa itu dan sekarang ini hubungan kami baik-baik saja,” katanya.
SUMBER: Harian Metro