fbpx

Noorkhiriah Menyesal Cukur Kening Masa Zaman Jahiliah

Pelakon Noorkhiriah menyesal apabila dia pernah mencukur kening satu ketika dulu. Berkongsikan di TikTok, Norkhiriah berkata perkara itu dilakukan ketika zaman jahiliah dirinya.

Difahamkan, Norkhiriah menjawab pertanyaan netizen adakah dia mencukur kening. Katanya lagi, disebabkan tindakannya itu, keningnya tidak mahu tumbuh.

BACA: Noorkhiriah Puji Sifat Lemah Lembut Puteri Balqis, Tinggi Budi Bahasa

“Ya, dulu saya cukur kening, tapi sekarang tak. Boleh tengok kening saya sekarang. Ia tak nak tumbuh.

“Zaman jahiliah saya memang cukur. Sekarang tak mahu lagi. ‘No more cukur cukur’. Menyesal,” katanya.

Menerusi video itu juga, turut disertakan dengan keterangan ‘jangan buat ya dik, dosa’ dan tanda pagar #khiriahmenyesal #majuktaknaktumbuhdah.

Video tersebut sudah mencecah tontonan lebih 397,000, 25,000 tanda suka dan 139 perkongsian.