Impian untuk menjadikan kereta MPV miliknya sebagai van jenazah dan menawarkan perkhidmatan secara percuma sudah pun tercapai, Noorkhiriah memaklumkan dia bakal menyediakan van jenazah keduanya.
Menerusi Instagram, Noorkhiriah ada memohon jika ada yang sudi menyumbang seikhlas hati untuk mengubah suai kenderaan tersebut untuk dijadikan van jenazah.
BACA: Noorkhiriah Jadikan MPV Van Jenazah, Sedia Perkhidmatan Percuma
“Assalamualaikum. Nak tanya. Macam ni, akak nak beli 2nd Van Jenazah. Alhamdulillah, duit untuk membeli dah ada cuma sekarang untuk transform MPV itu ke Van Jenazah belum cukup. Ada sesiapa sudi menyumbang seikhlas hati. Maaf tanya ya, terima kasih,” tulisnya.
Namun, tidak sampai sehari Khiriah memberitahu bahawa sumbangan yang diterimanya sudah mencukupi. Khiriah berkata dia tidak menyangka orang ramai membantu usahanya untuk menyediakan khidmat van jenazah yang kedua secara percuma.
Tambahnya lagi, dia tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaannya kerana dapat mengumpulkan sumbangan dalam tempoh yang cukup singkat.
Mensasarkan golongan asnaf dan kurang berkemampuan, perkhidmatan buat masa ini disediakan sekitar Lembah Klang, dan pasangan itu merancang untuk menggerakkannya ke seluruh Semenanjung Malaysia.
Tiada bayaran dikenakan dan sekiranya sumbangan diberikan, pihaknya akan menjadikannya sebagai kos penyelenggaraan dan pengurusan