Bukan sahaja diminati ramai kerana bakatnya dalam dunia lakonan, malah Noorkhiriah turut menjadi inspirasi ramai muslimah diluar sana apabila tampil berhijrah dengan imej bertudung labuh mengikut syariat.

Menerusi perkongsian di Instagram, Noorkhiriah berhasrat menjadikan kereta MPV miliknya sebagai van jenazah. Malah Noorkhiriah turut mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan van jenazah dan menawarkan perkhidmatan secara percuma.


BACA: Noorkhiriah Sedih Tak Dapat Balik Kampung Bersih Kubur Bapa

Dalam perkongsian lain, NoorKhiriah memohon doa orang ramai agar niat baiknya itu dipermudahkan.

Ujarnya, meskipun hidupnya tidak mewah namun dia merasakan perlu meninggalkan sesuatu yang memberi kebaikan kepada orang ramai sebelum menutup mata kelak.

“Saya tak kaya tapi sebelum meninggal saya nak tinggalkan sesuatu buat semua. Setakat cerita dekat tv tu jangan kira. Jangan kira dosa pahala orang lain. Semoga kita Istiqamah dalam perjuangan diri sendiri,” katanya.

Perkongsian Noorkhiriah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terharu dengan kebaikan yang dilakukan oleh Noorkhiriah itu serta berharap ianya kan menjadi satu ikutan kepada insan yang lain.