fbpx

Noorkhiriah Sedih Tak Dapat Balik Kampung Bersih Kubur Bapa

Meskipun kerjaan Perintah Kawalan Pergerakan dilonggarkan, namun orang ramai masih tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung halaman. Berikutan itu, Noorkhiriah meluahkan rasa sedih kerana sudah lama tidak menziarahi pusara arwah bapanya.

Menurut Noorkhiriah, dia tidak dapat melawat pusara bapanya sejak PKP dilaksanakan Malah, dia juga sudah sebulan tidak dapat berjumpa dengan ibunya yang berada di kampung.

BACA: Susah Nak Dapat Roti, Noorkhiriah Catu Sehari Sekeping

“Serius akak sedih sebab lama sangat tidak ziarah kubur arwah ayah akak. Siapa yang lalui (keadaan) ini akan faham bagaimana rasanya. Akak nak balik kampung jumpa mak, nak pergi ‘rumah’ arwah ayah akak,” katanya.

Dalam pada itu, Noorkhiriah turut menasihati rakyat Malaysia agar mematuhi perintah kerajaan supaya penularan wabak COVID-19 dapat berakhir dengan segera. Pelakon itu turut memberi pesanan kepada mereka yang mula bekerja esok supaya menjaga diri.

“Korang yang mana dah kerja nanti, elok-elok jaga diri sebab semua atas kita nak menang atau kalah. Maka sesamalah kita berdoa, jangan degil dengan kelonggaran ini,” tulisnya.

Diakhir perkongsiannya itu, Noorkhiriah memohon maaf kerana tidak dapat menziarahi dan membersihkan pusara arwah bapanya sepanjang bulan Ramadan ini seperti yang dilakukan sebelum ini.