fbpx

Nooraida: Saya Teruja Dengan Adi Putra & Terkejut Terima Gambar Lucah

Selepas selesai sahaja sidang media yang diadakan bagi sebelah pihak Nooraida. Kami telah mendapatkan kenyataan dari Nooraida sendiri pula bagi mengetahui apakah kisah di sebalik apa yang telah berlaku kepada dirinya dan juga pelakon Adi Putra.

BACA: Skandal Adi Putra, Nooraida & Suami Mahu Buka Semula Kes

Katanya, dia sebagai seorang peminat pelakon lelaki itu, cukup teruja apabila menerima mesej menerusi aplikasi Whatsapp yang dihantar oleh Adi Putra ketika bulan ramadhan yang lepas.

Tetapi selepas itu, dia agak terkejut apabila pelakon tersebut dipercayai pula mengirim gambar lucah yang ketika itu sedang berada di Mekah kerana menjalani ibadah umrah.

“Saya mula mula agak teruja apabila menerima mesej melalui Whatsapp dari Adi Putra kerana saya sememangnya meminati dia dan saya tidak menyangka apabila dia secara tiba tiba pula menghantar gambar yang agak lucah dan sulit. Reaksi saya sangat terkejut dan saya terfikir biar betul dia ni?” katanya penuh berhati-hati.

Nooraida, memberitahu bahawa dia menghormati pelakon itu, dengan menjaga percakapan dan peribadinya juga. Dia juga tidak menafikan bahawa dia turut menghantar gambar gambar ‘selfie’ kepada Adi Putra tetapi bukanlah gambar yang tidak senonoh atau lucah seperti yang dipercayai dilakukan oleh pelakon itu.

Teruja Dengan Adi Putra & Terkejut Terima Gambar Lucah - ROTIKAYA

“Ya, saya ada mengirim gambar saya juga yang lebih berbentuk ‘selfie’ dan tidaklah sampai kepada gambar yang tidak senonoh. Sepanjang perkenalan saya cukup menghormati dia dan saya sendiri cukup berjaya-jaga dengan percakapan dan tingkah laku saya ini,” ujarnya.

Ditanya juga adakah perkara ini mengaibkan dia dan suaminya, apabila mahu kembali membuka kes ini, jelasnya mereka tidak mengaibkan sesiapa kerana sebelum ini cubaan untuk berunding bersama-sama dengan Adi Putra secara damai dan tertutup tanpa melibatkan mana-mana pihak seperti hari ini telah menemui kegagalan apabila pelakon tersebut tidak mahu memberikan kejasama dan berjumpa secara gentleman.

Dan ini diakui sendiri oleh suami Nooraida iaitu Hj. Amiruddin.

“Saya rasa perkara ini sudah ‘besar’ dan diketahui oleh umum, dan bila difikirkan kembali apa salahnya sekiranya kami ingin meneruskan siasatan ini yang jelasnya dipercayai banyak menimbulkan keraguan dan berat sebelah”

“Tidak sesiapa mahu diabkan dan suami saya sendiri mahu berjumpa dengannya dan berbincang secara baik dan tidak mahu perkara ini dibesarkan tetapi dia sendiri yang berjanji untuk berjumpa tetapi apabila tibanya hari tersebut dia tidak menghadirkan diri. Selama beberapa minggu kami bersabar dan rasanya inilah jalan yang terakhir,” katanya.

Sementara itu, Nooraida turut memberitahu bahawa dia akan menonton drama atau filem yang dilakonkan oleh aktor kacak itu, tetapi sebagai penonton yang ‘biasa-biasa’ sahaja.

“Saya tetap akan menonton lakonannya tetapi hanyalah menonton secara biasa-biasa sahaja,” ujarnya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz)