Noor Nabila Yakin Suami Tahu Batasan Berlakon
Baru sahaja bergelar suami isteri dalam suasana yang cukup meriah, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila ternyata masih belum merancang keluarga namun menurut Sharnaaz, dia memang mahukan anak yang ramai.
BACA: Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Selamat Bernikah
“Kami belum lagi berbincang tentang perancangan keluarga kerana baharu sahaja berkahwin tapi kalau ditanya tentang anak, kalau boleh saya mahu enam orang iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan,” katanya kepada mStar Online.
Sementara itu, faham dengan kerjaya suaminya sebagai suami, Noor Nabila menyatakan bahawa dia menghormati segala keputusan Sharnaaz untuk berlakon kerana yakin bahawa suaminya itu tahu menjaga batasan.
“Saya hormat kerjaya lakonan dia dan tidak pernah menghalang. Saya juga yakin dia tahu jaga diri dan batasan yang perlu dijaga sebagai suami. Dia bebas berlakon tapi berbatas,” ujarnya. (rtky/s)
begituu
iyaa
setujuuu
hahaha, mamak ni sejak viral dia yg x menjadi psl kutuk buku fattah amin.. terus x berani berbunyi dah. bagus, kekalkan begini. x suka senyap sudah. jgn memalukan ipar duai dan pak mak mertua ko.
kenapa rambut nabila jadi merah gitu? atau hanpon ni buat hal?
anak 6 kalau gaji 10k sebulan okay la…kat kl ni skrg anak 3 pun dah senak.
Gaji 10k pon anak 6 belom tentu cukup tipah oi.tawakal jelah.
Pendapatan parents saya semuanya 3k kebawah adik beradik sy ada 6 alhamdulillah cukup. Cuma hidup sederhana jurrr but still alhamdulillah.
Tahniah buat mrk berdua moga jodoh mrk kekal ke jannah!
Setiap lelaki yg kawin perlu kerja utk memberi nafkah kpd keluarga. Jadi apa jua bidang kerja dia ceburi, si isteri hanya perlu memberi sokongan dan berdoa moga keluarga yg di bina mendapat keberkatan dari hasil usaha suami.
Jangan control suami awak sangat nanti silap hari bulan bergaduh .. suami awak artis bukan orang biasa kerja office hour dan suami awak kerja Tak menentu masa shooting Dia.
Kawin dengan artis kena faham kerjaya dia…