fbpx

Noor Nabila, Engku Emran Nikah Esok?

Hangat diperkatakan spekulasi sedang menjalin hubungan cinta, timbul pula desas-desus diperkatakan netizen mendakwa Noor Nabila dan Engku Emran bakal bernikah esok.

Bagaimanapun menerusi BH Online, Nabila tidak mahu memberi sebarang jawapan mengenai dakwaan tersebut dan meminta semua pihak memahami.

BACA: Engku Emran Beri Hint Hubungan Cinta Dengan Noor Nabila?

“Sebelum ini, saya sudah memberikan kenyataan saya tidak mahu komen mengenai perkara ini. Saya juga bukannya seorang artis. Saya harap semua memahami, terima kasih,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, gosip cinta mereka hangat diperkatakan apabila tular gambar Engku Emran yang juga bekas suami Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella menghadiri sesi usrah di kediaman Nabila.

Malah, minggu lalu menerusi Instagram, Engku Emran dilihat ada memuat naik foto menunjukkan bayangan wajah Nabila yang ketika itu berada dalam kereta bersamanya.