fbpx

Engku Emran Beri Hint Hubungan Cinta Dengan Noor Nabila?

Hampir seminggu lebih berteka-teki, akhirnya spekulasi mengenai Noor Nabila yang dikatakan menjalin hubungan dengan ahlia perniagaan Engku Emran terjawab.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Engku Emran dilihat ada memuat naik menampakkan refleksi wajah Nabila di tempat duduk penumpang.

BACA: “Bila Sampai Masa Nanti, Saya Akan Kongsikan”

Foto bayang-bayang Nabila itu diambil dari radio keretanya yang sedang memainkan lagu bertajuk By Your Side. Kapsyen gambar tersebut juga seolah memberi bayangan pasangan itu sedang dilamun cinta.

Bagaimanapun, Emran bertindak menutup ruangan komen foto berkenaan. Setakat ini masih tiada kenyataan lanjut bagi mengesahkan spekulasi hubungan mereka.

Terdahulu, gosip cinta mereka hangat diperkatakan apabila tular gambar Engku Emran yang juga bekas suami Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella menghadiri sesi usrah di kediaman Nabila.