fbpx

Noniswara Sah Bercerai

Setelah tiga kali ditangguh kes perceraian akhirnya Noniswara telah sah bercerai menerusi Lafaz Taklik yang dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah, Jalan Duta pada jam 10.00 pagi tadi.

Lafaz taklik yang dilakukan di’hadapan hakim, Umamuddin Bin Yunus beserta Noniswara dan juga peguamnya, Datuk Amly Embong tanpa wakil dari pihak lelaki telah diminta untuk membayar RM10.

Noniswara yang ditemui telah mengucapkan rasa syukur dengan semua keputusan yang dibuat kerana membolehkan dia meneruskan kehidupan yang mendatang.

“Syukur Alhamdullilah kerana isu ini telah selesai, lagi lambat lagi panjang dan susah untuk saya kerana terikat dengan status sebagai seorang isteri”

Tanpa kelibat Dato’ Rosman yang menurut Noniswara langsung tidak mengambil tahu mengenai kes ini, Noniswara anggap perceraian ini untuk dia memulakan hidup baru dan bebas.

“Hidup saya akan teruskan macam biasa. Sebelum ini pun memang saya sudah tinggal sendiri. Sekarang ini saya cuma ingin mencari damai dan bebas tanpa ikatan,” ujar Noniswara.