fbpx

Nomad Berhenti Jadi Penyanyi

Anda mesti masih ingat dengan pelantun lagu popular Tetap Menantimu yang menjadi siulan ramai tidak berapa lama dahulu, Nomad. Hari ini ada berita kurang gembira buat para peminatnya selepas penyanyi ini mengambik keputusan drastik untuk berhenti menyanyi.

Bercakap kepada Harian Metro, Nomad mengakui yang beliau akan mengundur diri seketika dari bidang nyanyian bagi memperbaiki kelemahan dirinya sendiri dan bukannya kerana masalah dengan syarikat naungannya.

“Saya tidak ada isu atau masalah apa-apa dengan mana-mana pihak termasuk pengurusan. Cuma yang menjadi dilema adalah diri saya sendiri yang masih gugup dan tidak boleh menyanyi secara langsung dengan baik setiap kali dipanggil untuk persembahan program TV (televisyen)”

“Ini bukan perkara baru dan tetap berlaku sampai sekarang. Banyak kali ditegur dan sudah macam macam usaha saya buat tapi tetap sama. Jadi saya fikir sudah tiba masa saya ambil inisiatif untuk berehat dan perbaiki kekurangan itu daripada terus menyusahkan orang lain,” jelasnya.

Nomad turut mengakui ini satu keputusan yang berat buat dirinya namun kami percaya jika ianya satu tempoh yang baik untuk perbaiki diri, mungkin satu hari Nomad akan kembali ke persada hiburan tanah air dengan bakat yang lebih besar. (rtky/m)