Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai kemesraan pelakon sensasi Fatin Afeefa dengan ahli kumpulan K-Clique iaitu Noki ketika di IG Live dan saling berbalas komen sehingga menjadi bualan ramai.
Malah, timbul spekulasi apabila kedua mereka dilihat keluar bersama. Ditanya mengenai hubungan mereka, Fatin mengatakan dia dan Noki hanya ‘teman tapi mesra’.
BACA: Lelaki Hantar Gambar ‘Siput Sedut’, Fatin Afeefa Buat Laporan Polis
“Mungkin ramai tidak tahu, saya sudah lama mengenali Noki. Hubungan jadi rapat selepas ada perancangan berkolaborasi.
“Namun, projek kolaborasi tidak dapat diteruskan disebabkan karya ciptaan Noki tidak bersesuaian dengan jiwa saya.
“Ramai salah faham dan anggap saya dan Noki menjalinkan hubungan istimewa kerana pernah melihat kami keluar makan bersama. Bagaimanapun, ia bukan bermakna saya dan Noki bercinta,” katanya.
Dalam pada itu, Fatin berkata dia sememangnya suka memberi komen bentuk emoji pada mana-mana perkongsian di IG termasuk rakan-rakan arti yang lain.
Kata Fatin lagi, dia menyifatkan Noki seorang lelaki yang baik serta mempunyai ciri lelaki idamannya iaitu soft spoken dan juga pendengar yang baik.
“Saya selesa dengan sikap Noki. Dia bukan sahaja kawan yang baik, malah pandai menjaga hati saya. Jujurnya, Noki memiliki sifat yang lelaki yang saya cari iaitu lembut dalam berbicara.
“Noki juga pendengar yang baik. Jika saya ada masalah, saya akan cari Noki mengadu dan mendapatkan nasihat,” katanya.
Fatin mendedahkan disebabkan gosip tersebut dia menerima mesej berbaur ugutan daripada peminat Noki. Ujarnya, dia menerima hati yang terbuka andai bertemu jodoh dengan Noki.
“Ada peminat menghantar mesej memberi amaran agar saya tidak menyakiti hati Noki. Saya membalas mesej dan berjanji akan menjaga hati Noki sebaiknya.
“Selain itu, saya kerap mendapat mesej yang mendoakan agar saya dan Noki ditakdirkan bertemu jodoh. Jika peminat mendoakan yang baik-baik, saya terima dengan hati terbuka,” ujarnya.
Terdahulu, Fatin bercerai dengan bekas suami, Adam Shahz pada Mei 2017 selepas empat tahun berkahwin. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata Adam Aisy Arrian, 8, dan Ivy Herra Sophia, 6.