Penyanyi Noh Salleh memaklumkan dia telah pun menyerahkan anak angkatnya, Musa kepada bekas isterinya, Mizz Nina pada Sabtu lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Noh berkata dia berat hati namun menghormati keputusan mahkamah selepas Mizz Nina hadir ke rumahnya bersama perintah interim.
BACA: Noh Salleh Nafi Tuduhan Culik Anak Angkat
View this post on Instagram
“Malam semalam dalam jam lebih kurang 8.30 malam pihak mizz nina telah pun hadir di rumah saya bersama dengan suami beliau serta pihak polis dan beberapa orang lain yang tidak dikenali untuk tujuan mengambil Musa dari jagaan saya.
“Dengan perintah interim (perintah jagaan sementara) dari mahkanah syariah sebelum sesi mediasi di mahkamah syariah.
“Saya faham dan bagi menghormati perintah mahkamah, saya dengan terpaksa dan berat hati menyerahkan Musa kembali dan akan meminta nasihat peguam saya. Hanya tuhan sahaja yang mengetahui betapa hancurnya hati saya semalam,” tulisnya.
Sementara itu, Noh berkata tiada sebarang perebutan berlaku serta percaya dengan jalan perdamaian kerana apa yang penting adalah anaknya, Musa.
“Tiada sebarang insiden perebutan berlaku malam tadi kerana saya masih percaya dgn jalan perdamaian dan apa yang penting adalah kesihatan mental dan fizikal Musa.
“Saya berharap statement ini jelas dan tiada sebarang spekulasi dari mana-mana pihak dan saya juga berterima kasih atas segala doa dari kalian,” tulisnya.