Penyanyi Noh Salleh akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada ibu kandung anak angkatnya, Musa iaitu Wan Nuraisyah Athirah Wan Amizulkhidi.
Menerusi perkongsian di Instagram, Noh dia tak tahu mengenai perjanjian antara Mizz Nina dengan ibu kandung Musa bahawa mereka dilarang memuat naik wajah Musa di media sosial.
BACA: Noh Salleh Enggan Komen Tuntutan Ibu Kandung Musa
View this post on Instagram
“Saya tidak tahu menahu akan perjanjian yang dibuat oleh pihak ibu kandung dan pihak bekas isteri saya, Mizz Nina di mana kami dilarang untuk memuat naik gambar muka Musa di mana2 platform.
“Saya hanya berbuat demikian kerana terlalu rindukan Musa dan ingin saya jelaskan sekali lagi bahawa Musa bukan berada di bawaah jagaan saya pada waktu ini dan telah pun saya serahkan kepada pihak Mizz Nina seperti mana yang telah saya jelaskan sebelum ini,” katanya.
Sementara itu, Noh menafikan dakwaan dia telah memanipulasi ibu kandung Musa kerana penjagaan kanak-kanak terbabit telah dipersetujui bersama.
“Perkara tersebut adalah tidak benar di mana persetujuan telah pun dicapai dengan pihak ibu kandung di mana beliau telah pun bersetuju untuk memberi penjagaan Musa kepada saya secara sedar dan tanpa paksaan dari mana-mana pihak dan tidak ada mengenakan apa-apa syarat tentang memuat naik gambar muka Musa,” katanya.
Susulan itu, Noh memohon maaf kepada ibu kandung Musa dan akan menuruti tuntutan Athira untuk memadam gambar yang dikongsikan dari media sosial miliknya.
Dalam pada itu, Noh juga memaklumkan dia telah mendapat perintah untuk hadir ke Mahkamah Syariah Shah Alam pada 5 February ini bagi proses Sulh serta berharap isu tersebut dapat diselesaikan dengan baik.